Radio LDHitz FM Telah di tubuhkan pada bulan Mac 2020 selepas di jenamakan semula daripada Lahad Datu FM. Bersiaran secara online serta menawarkan banyak perkhidmatan penyiaran, pengurusan acara, program, pengiklanan, hebahan dan promosi. Radio ini adalah Projek pembangunan Digital daerah Lahad Datu di bawah Persatuan Seni Dan Media Lahad Datu
Stesen Radio | LDHitz FM |
---|---|
Telefon | +60178945634 |
ldhitzfm@gmail.com | |
Website | www.ldhitzfm.com |
LDHitz FM menyasarkan pendengar di dalam dan luar Kawasan Pantai Timur Sabah. Di dalam kawasan termasuklah daerah Lahad Datu, Tungku, Kunak dan Sekitarnya iaitu Kinabatangan, Sukau hinggalah Kuamut
Manakala di luar kawasan iaitu di daerah-daerah Pantai Timur termasuklah Sandakan, Beluran, Telupid, Semporna, Tawau, Pitas,Kota Marudu sehinggalah kawasan Pantai utara iaitu Kudat.
Memberi khidmat pengurusan acara samada acara pengurusan sistem, urusetia, program kerajaan atau bukan kerajaan
Menyediakan khidmat penyiaran secara LIVE di media sosial LDHitz FM secara profesional untuk pelbagai jenis rancangan
Menawarkan khidmat hebahan melalui konti radio LDHitz FM serta khidmat pengacaraan untuk pelbagai jenis acara
Menyediakan khidmat pengiklanan dan promosi samada berbentuk audio atau video kepada pelanggan yang memerlukan
Membuka kerjasama kepada orang awam, badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk penganjuran aktiviti atau program sosial
Menyediakan khidmat pemasaran digital kepada semua jenis perniagaan bagi membantu mengembangkan skop usahawan tempatan
Rancangan Hiburan bagi mengetengahkan bakat-bakat artis tempatan dalam segmen yang memutarkan lagu-lagu serta karya-karya penggiat seni hiburan tempatan di stesen radio.
Rancangan yang mengetengahkan program kemasyarakatan samada berbentuk iklan, hebahan, promosi atau juga info-info terkini tentang masyarakat dalam segmen perkongsian bersama pendengar.
Rancangan yang memaparkan produk-produk atau semua bentuk yang melibatkan keusahawanan bagi membantu mempromosi, mengiklan dan menghebahkan setiap produk kepada masyarakat.
Syukur kepada ALLAH SWT atas limpah dan rahmatNya, Stesen radio LDHitz FM dapat di lancarkan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam perkongsian maklumat yang di perlukan.
Pelancaran Stesen radio LDHitz FM yang di jenamakan semula daripada LD FM akan mampu bersiaran mengikut slot rancangan demi membangunkan projek penyiaran daerah ke peringkat yang lebih maju.
Dengan adanya Stesen radio LDHitz Fm akan memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan yang berpotensi besar menceburkan diri dalam bidang penyiaran dan hebahan untuk mengembangkan lagi kerjaya masing-masing.
Sebagai Penyampai Stesen radio LDHitz FM akan menjadi salah sebuah platform kemahiran belia yang bergiat aktif dalam bidang multimedia dan digital sekaligus membuka peluang untuk menimba pengalaman.
Untuk sebarang perhubungan lanjut, boleh menghubungi kami di alamat perhubungan yang tertera di bawah