Kenali Artis Kita : ARDANZ

 


"Apa-apa khabar? Apa-apa khabar? Apa-apa khabar di sana???" adalah siulan yang sering kedengaran di bibir para penggemar muzik di Lahad Datu. Itu lah antara hasil karya anak jati Lahad Datu yang popular dengan Lagu Apa Khabar dari saudara ARDAN @ DANZ. Beliau yang berumur 41 tahun dan membesar di Lahad Datu adalah seorang Penyanyi, Pemuzik dan Komposer yang terkenal di daerah-daerah pantai timur Sabah. 

Sejak kecil lagi, beliau mempunyai minat yang mendalam terutama lagu-lagu berunsur etnik kebudayaan bajau/suluk. Di atas minat yang berkobar-kobar mendorong beliau untuk menceburkan diri di dalam bidang muzik dan nyanyian. Ketika penceburan, beliau banyak menghasilkan lagu-lagu berentak etnik dan telah mengembangkan kemahiran beliau dalam penghasilan lagu apabila telah mencipta lebih daripada 30 buah lagu termasuk 2 buah album pelbagai rentak termasuklah balada, rock, dangdut, pop dan etnik bajau/suluk.

Kerana kemahiran beliau dalam penghasilan lagu, beliau telah berjaya merakamkan beberapa lagu di salah sebuah studio profesional yang cukup di kenali di negeri Sabah antaranya lagu Apa Khabar yang telah memenangi anugerah juara lagu paling manang pilihan penyampai RTM Sabah FM sekaligus menjadi finalis anugerah juara lagu artis Sabah musim ke 11 tahun 2018.

Pencapaian beliau dalam bidang muzik dan nyanyian telah membawa keyakinan beliau untuk membuka mini studio nya sendiri untuk tujuan penciptaan, rakaman dan penghasilan muzik dan lagu yang di beri nama A&D Studio sempena nama gabungan beliau bersama isteri iaitu Aisah/Danz. Pada tahun 2020, di atas pencapaian beliau telah di nobatkan sebagai penerima anugerah penyanyi lelaki kebudayaan terbaik, Anugerah Industri Seni & Media (AISME) Lahad Datu.

#LDHitzFM
#PastiHitz #MenghiburAnda







- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM