Kenali Artis Kita : AZAM YAKOB

 


Sebut sahaja nama Azam Yakob di daerah Lahad Datu, siapa yang tidak kenal? terutama artis tempatan dan penggiat seni di daerah Lahad Datu. Nama Azam Yakob bukan asing lagi di pentas hiburan dan nyanyian di mana anak seni asal Lahad Datu ini telahpun membawa nama daerah asalnya ke pentas hiburan berprestij di peringkat negara iaitu Malaysia Idol musim 2 malah juga menjadi kebanggaan penggiat seni Sabah apabila telah terpilih sebagai finalis pentas Malaysia Idol musim itu.

Buat mereka yang masih belum mengenali beliau, Nama sebenar Azam Bin Yakob@Yakab di lahirkan di daerah semporna pada tahun 1984 dan membesar di daerah Lahad Datu. Penyanyi yang berusia 37 tahun ini pada mulanya telahpun berjinak-jinak dalam bidang tarian ketika kecil dan seterusnya mulai berkecimpung dalam dunia nyanyian sehingga menjadi salah seorang penyanyi di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Selain itu, di atas bakat beliau yang begitu menyerlah, beliau juga telah mengikuti banyak pertandingan nyanyian di peringkat kebangsaan antaranya menjadi juara & vokal terbaik Bintang Klasik Menara KL seterusnya menjadi penghibur dan penyanyi di menara KL. Di atas pencapaian tertinggi beliau dalam pentas hiburan dan nyanyian, beliau telah di nobatkan sebagai penerima Tokoh Artis Lelaki Anugerah Industri Seni & Media (AISME) Lahad Datu pada tahun 2020.

Ketika di hubungi mengenai perkembangan terkini, Beliau baru sahaja selesai merakamkan dua buah lagu single iaitu Cinta Pertama dan Pertemuan & Perpisahan dari kompilasi pencipta lagu terkenal negeri Sabah Bongsu Fatimah (Puisi Pena). Beliau juga baru-baru ini telahpun menganjurkan pentas pencarian bakat nyanyian Lahad Datu Voice yang sedang berlangsung secara atas talian dan di jangka akan melabuhkan tirai final tidak lama lagi. Beliau juga akan sentiasa bergiat aktif dalam bidang hiburan, nyanyian, pengacaraan dan sedang merancang untuk mendidik dan melahirkan bakat-bakat muda daerah Lahad Datu.

#LDHitzFM
#PastiHitz #MenghiburkanAnda



- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM