Kenali Artis Kita : AZUL FAIR

 


kenali Artis Kita kali ini bersama salah seorang penyanyi Legenda Hitz 90an iaitu saudara Azul Fair, bekas vokalis kumpulan Fair, salah sebuah kumpulan band terkenal tanahair. Beliau adalah seorang yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian apabila beliau dan kumpulan telah mendapat tempat sebagai kumpulan band yang di kenali ramai di seluruh Malaysia melalui salah sebuah lagu popular mereka iaitu Terlanjur Mencintaimu dan Andai Aku Terluka.

Beliau yang berumur 50 tahun berasal daripada daerah Segamat Johor telah berkahwin dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu dan mulai menetap di daerah ini sejak tahun 2016. Terlalu banyak pencapaian yang beliau telah kecapi di era kegemilangan beliau bersama kumpulan Fair yang semua orang ketahui. Antaranya ialah lagu Andai Aku Terluka yang mendapat tempat 2nd popular carta pujaan 10 nescafe 1997, Juara Cindai (Siti Norhaliza), dan mendapat liputan serta pencalonan yang di menangi sebagai Juara carta radio redifussion, best 104 radio Sinar FM dan Suria FM. Lagu-lagu beliau juga pada ketika itu menjadi pilihan di beberapa buah radio terkenal termasuklah Time Highway Radio, Muzik FM, Radio-radio RTM, Radio Warna dan Suria Singapore dan juga Radio Indonesia.

Semenjak perjalanan beliau sebagai penyanyi dan penghibur, beliau juga pernah berlakon melalui drama Ceria terbitan RTM 1991, dan pernah menjadi hos Hiburan Minggu ini (RTM) tahun 1997 selain menjalani penggambaran video-video klip nyanyian beliau melalui lagu Andai aku terluka & Terlanjur menyintaimu telah di jalankan di Jakarta tahun 1997. Menerusi kumpulan Fair, beliau berjaya menghasilkan 2 album penuh dan 3 kompilasi bersama Artis dibawah naungan syarikat penerbitan yang sama antaranya lagu Mengapa nyanyian Nicky Astria, Bila kekasih merajuk nyanyian kumpulan Versi dan lagu Suara zaman iaitu Bayangan Gurauan nyanyian Rahmat Mega. 

Kumpulan Fair hanya bertahan hingga tahun 1999 dan cuba untuk membuat penampilan semula pada tahun 2010 melalui Faircomeback dengan lagu Seindah Bahasa Semanis Bicara. Selepas daripada itu, Beliau cuba membuat penampilan Solo dengan beberapa lagu antaranya Sememangnya Sebenarnya tahun 2016, Kaulah Penawar & Ketentuan tahun 2017, dan merakamkan semula lagu Seindah Bahasa Semanis Bicara secara solo terbitan Universal music EMI.

Perkembangan terkini beliau setelah menetap sejak 2016 di Lahad Datu, beliau telah membuka perniagaan bersama isteri antaranya pusat hiburan karaoke Azul, dan juga restoran dapur umie yang kedua-duanya terletak di Bandar Sri Perdana Lahad Datu. Kepada anda peminat-peminat Azul Fair, bolehlah berkunjung ke premis perniagaan beliau.

#LDHitzFM
#PastiHitz #MenghiburAnda



- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM