Kenali Artis Kita : HARIJAH



KAK IJAH atau nama sebenarnya Harijah Jainin, berumur 46 tahun berasal dari daerah Lahad Datu merupakan antara penyanyi wanita veteran yang sering di gelar "Legenda Busker" bagi kalangan penggiat muzik tempatan daerah Lahad Datu. Beliau merupakan penyanyi dan penghibur untuk beberapa buah Band terkenal sejak di awal era tahun 90an. Sejak menjadi penyanyi beberapa kumpulan band terkenal di daerah Lahad Datu, beliau antara penyanyi wanita yang sering mendapat undangan pelbagai majlis samada majlis kahwin, sosial, hiburan, atau konsert tempatan. 

Selepas mendapat tempat sebagai penghibur di dalam daerah, Pada awal tahun 1998, beliau telah mengembangkan sayap kerjaya sebagai seorang penghibur jemputan di luar daerah dengan mulai berhijrah ke beberapa daerah antaranya Sandakan, Ranau, Labuan, Keningau, Kota Kinabalu seterusnya ke daerah-daerah sekitar. Beliau telah membuat mempersembahan di banyak hotel-hotel terkemuka antaranya Sabah Hotel, Armada Hotel, Perkasa Hotel, Manikar resort, Tanjung Aru beach resort, Sheraton Hotel, Marina Bay dan pelbagai lagi.

Dengan kejayaan beliau membuat persembahan di beberapa buah hotel terkemuka di daerah-daerah dalam negeri Sabah. Beliau seterusnya mengembangkan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan penghibur sehingga mendapat tawaran menyanyi di hotel-hotel terkemuka di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia antaranya, Hotel Eden Johor, Berjaya Beach Resort Cherating Pahang, Tiara Beach Resort Negeri Sembilan, Park Avenue Kedah, Awana Kijal Resort Terengganu, dan beberapa buah hotel terkenal Pulau Pinang iaitu Sunway Hotel dan Golden Sand Batu Feringgi.

Ketika dihubungi, beliau sekarang ini masih bergiat aktif dengan menjadi vokalis kepada beberapa kumpulan busker daerah Lahad Datu termasuklah menjadi salah seorang Mentor bagi Program pencarian bakat nyanyian Lahad Datu Voice anjuran Azam Yakob.

#LDHitzFM
#PastiHitz #MenghiburAnda





- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM