Kenali Artis Kita : KUN TORRES

 


KUN TORRES, seorang penyanyi yang berasal daripada daerah Lahad Datu merupakan salah seorang penyanyi popular yang hitz dengan lagu single nya berjudul Jangan Bersedih yang sering di dendang di beberapa buah stesen radio terkenal termasuklah Era FM dan lagu ini juga telahpun berada dalam carta 5 lagu Era terbaik Sabah dengan persaingan dari beberapa artis popular iaitu kumpulan K-Clique dan Kumpulan Atmosfera bertahan selama hampir setengah tahun. Beliau yang berusia 33 tahun merupakan salah seorang artis yang berjaya di terbitkan di bawah naungan Warner Music Malaysia dan antara penyanyi kelahiran Lahad Datu yang mampu membawa lagu secara komersial ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau mulai aktif menyanyi ketika beliau berada di peringkat pengajian kolej dan universiti sering mendapat undangan nyanyian daripada pelbagai pihak termasuklah Universiti Malaysia Sabah dan pernah menjadi johan pertandingan menyanyi di universiti berkenaan. Menyedari potensi bakat beliau dalam nyanyian, beliau telah pun menjadi penyanyi sambilan dan telah pun membuat persembahan di beberapa pentas Hotel terkemuka seperti Hotel Hyatt Regency, Karambunai Resort, Promenade, Hotel Suter Harbour dan banyak lagi.

Selepas menghabiskan pengajian, beliau telah mulai memberi fokus kepada kerjaya nyanyian di mana beliau telah mendapat ilham untuk mencetuskan lagu single nya. Setelah kejayaan menempah nama dalam bidang nyanyian, bakatnya turut di kembangkan dengan menulis dan mencipta lagu-lagu artis tempatan Lahad Datu termasuklah lagu kolaborasi artis tempatan berjudul Kau & Aku yang di nyanyikan oleh saudara Roydanz. Setakat ini, Kun Torres telah menghasilkan lebih dari 20 lagu-lagu pelbagai genre dan bahasa termasuklah bahasa inggeris dan cina. Beliau turut aktif di panggil untuk menjadi juri profesional pelbagai pertandingan menyanyi anjuran pengurusan acara di daerah Lahad Datu.

Ketika di hubungi dan di tanya mengenai perkembangan terkini, Kun Torres sedang bergiat aktif dalam menghasilkan karya-karya youtube dan sedang mengusahakan penerbitan single kedua beliau yang bakal komersial. Beliau yang menjadi komposer dan penyanyi turut menjadi Guru Vokal dan Muzik sambilan dan setakat ini telahpun mendidik ramai penyanyi-penyanyi muda tempatan di daerah Lahad Datu. Sebagai seorang penyanyi, penghibur, komposer, guru vokal dan muzik, dengan penceburan beliau sebagai pencipta kandungan youtube telahpun mendapatkan follower dan fans yang banyak di mana akaun sosial beliau di smule, tiktok, we sing, instagram, facebook dan youtube telah mencecah ratusan ribu tontonan. Lagu beliau boleh di dapati di laman muzik Joox Spotify, Itunes, Maxis, Digi, Celcom dan boleh di langgan untuk di jadikan caller tunes panggilan telefon anda.

 #LDHitzFM

#PastiHitz #MenghiburkanAnda




- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM