Kenali Artis Kita : MASLAN SAH


Kenali Artis Kita bersama salah seorang pelakon dan selebriti dari daerah Lahad Datu tidak lain dan tidak bukan Maslan Sah. beliau berumur 33 Tahun berasal dari Tawau Sabah, berkecimpung dalam bidang Lakonan bermula dari sejak tahun 2012 kerana mengikuti jejak abang kandungnya iaitu Pelakon Agus Lim yg kini menetap di Kedah dan banyak berlakon dibawah naungan RTM, ASTRO serta produksi yang terkenal di Malaysia. 

Kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan, beliau telah mengikuti dan mengambil Kursus Asas Lakonan yang dianjurkan oleh Pengarah Filem(Director) yang diiktiraf oleh FDAM. Selain bidang lakonan, beliau juga aktif menjadi seorang Pengacara dan sering diundang untuk menjadi Pengacara majlis seperti majlis formal, havock, konsert, majlis perkahwinan dan lain-lain. Kenangan manis sebelum ini yang beliau pernah lalui ialah menjadi Pengacara di Konsert Rock Bersama Ali XPDC. 

Pencapaian beliau dalam lakonan ialah berlakon di beberapa Drama untuk RTM dan Astro, Movie untuk Pawagam, Telemovie untuk rancangan TV dan lain-lain. Antaranya adalah bersama Drama OPS Labuan Gerak Khas terbitan Skop Production oleh pengarah tersohor negara Dato Yusof Haslam, Rancangan RTM Game Show SIOK BAH TV OKey, dan Filem DANUM untuk Pawagam.

sejak akhir-akhir ini kerana pendemik Covid19, beliau terpaksa melepaskan beberapa undangan berlakon di Semenanjung Malaysia dan untuk penggambaran di Sabah pula terpaksa ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran oleh pihak Kerajaan. Dengan pencapaian beliau di dalam bidang lakonan, Tahun lepas beliau telah di nobatkan sebagai penerima anugerah pelakon bagi kategori penggiat filem terbaik, Anugerah Industri Seni & Media Lahad Datu. 

Selain daripada berlakon dan mengacara majlis, beliau juga aktif dalam bidang perniagaan apabila telah dilantik oleh Media Sosial Xpaging International sebagai wakil syarikat untuk memperkenalkan media sosial ini kepada orang awam atau kepada yang belum memiliki Media Sosial Xpaging International (media sosial terbaru). Kepada anda yang berminat untuk mengetahi lebih lanjut mengenai perniagaan atau memerlukan khidmat beliau boleh menghubunginya di nombor : 0109353292 (Maslan Sah).

#LDHitzFM
#PastiHitz #MenghiburkanAnda



- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM