Kenali DJ Sufi


PENERBIT & DJ RADIO anda tidak lain dan tidak bukan iaitu DJ Sufi. Berpengalaman selama hampir 5 tahun sebagai juruhebah, MC dan pengacara. Jom kenali lebih lanjut mengenai Penerbit & DJ Radio kita.


Nama sebenar : Ronald Allan
Umur : 40 Tahun 
Kerjaya : Juruhebah, Pengacara, Aktivis Kemanusiaan
Asal : Silam, Lahad Datu
Status : Berkahwin dan merupakan ayah kepada 6 orang anak
Bangsa : Visaya
Agama : Islam

Jawatan : 
Juruhebah LD FM 2018, Pengurus Eksekutif Lahad Datu TV, Pengurus Produksi Cendol Cheese Production, Penerbit & Juruhebah LD Hitz FM 2020, Setiausaha Persatuan Seni & Media Lahad Datu & Pengurus besar Plan Z Event Management Lahad Datu.

Pengalaman : 
Mempunyai pelbagai pengalaman dalam pengurusan pertubuhan termasuklah menjadi salah seorang perancang persatuan seni iaitu Persatuan Seni & Media Lahad Datu (PSMLD). Anak jati Lahad Datu ini adalah merupakan pekerja am sebelum mengorak langkah dalam bidang pengacaraan dan juruhebah. Beliau juga menjadi tulang belakang dalam banyak acara-acara seni yang terbesar di daerah Lahad Datu antaranya Pencarian bakat nyanyian Suara Pujaan Silam (SPS 2019), Lahad Datu Got Talent (2019), AISME (2020) dan pelbagai lagi acara-acara seni di daerah Lahad Datu. Dengan pengalaman dan pencapain, beliau telah di pilih sebagai juruhebah dan pengacara terbaik di Lahad Datu dan telah memenangi Anugerah Juruhebah Terbaik dalam Anugerah Industri Seni & Media Lahad Datu (AISME).




- Hakcipta © 2021 | LDHitz FM